Assalamualaikum W.B.T
Hari ni genap 28 hari semua umat islam berpuasa...tinggal lagi 2 hari je nak raya...uolsss semua dah habis buat preparation lom??saye tak berapa mood nak beraya sangat coz asik fikirkan majlis kawin je...hehe
Today tunang saye nak datang berbuka puasa kat rumah....saye ingat nak masak special sket...
Ni tengah dok click2 carik resipi yang best-best...
Terjumpa pulak resipi SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS..
kat blog DARI DUNIA DAPURKU
tunang saye memang sangat suka makan ikan...especially bahagian ekor...hehe
so,ingat nak share resipi ngan kawan-kawan semua...
SIAKAP DENGAN SOS HARUM PEDAS
Bahan² A
1 ekor ikan siakap
sedikit serbuk kunyit
Bahan² B
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 inci halia - dicincang halus
5 batang cili padi hijau - dicincang halus
5 batang cili padi merah - dicincang halus
1 batang cili merah - dicincang halus
1 biji tomato - didadu kecil²
1 batang bunga kantan - didadu kecil²
5 helai daun limau purut - dihiris halus
1 helai daun pandan - disimpul
Bahan² C
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
3 - 4 sudu besar sos ikan
1 - 2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung + 3 sudu besar air = larutkan
Cara²1. kerat ikan siakap kepada beberapa bahagian, lumurkan dengan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. boleh juga dikukus, dibakar @ dipanggang. Terpulang pada citarasa ya.... Selepas masak, ketepikan sebentar.
2. ketepikan minyak hasil menggoreng ikan tersebut, tinggalkan sedikit untuk menumis. Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang dicincang halus kedalam kuali. Tumis hingga wangi dan kekuning²an...
3. Masukkan pula daun pandan yang disimpul, cili padi dan cili merah yang dicincang halus bersama tomato. Kacau menggunakan belakang sudip, biarkan tomato tersebut hancur.
4. Masukkan bunga kantan, dan daun limau purut, kacau rata hingga naik bau.
5. Masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos ikan. Masukkan air dan kacau.
6. Rasa terlebih dahulu, jika kurang masin tambahkan sos ikan.
7. Masukkan larutan tepung jagung & air tadi dan kacau laju² sos tersebut hingga likat.
8. Siram kuah diatas ikan dan Sedia dihidang.
Yummmmyy!!! SELAMAT MENCUBA...